Jom Lihat 4 Foto Maria Farida Tanpa Mekap Yg Mengejutkan! No 3 Tu Memang Tak Sangka!

Sharing is caring!

Jom Lihat 4 Foto Maria Farida Tanpa Mekap Yang Mengejutkan! No 3 Tu Memang Tak Sangka!

Siapa tidak kenal dengan aktres Datin Maria Farida yang terkenal dengan kejelitaannya meskipun usia sudah mencecah 47 tahun.

Filem dan drama yang dibintangi beliau kebanyakannya meletup dan majoriti watak Maria dalam mana-mana karya berjaya meninggalkan impak kepada penonton, antaranya menerusi Lara Aishah, Tundukkan Playboy Itu, Bisikan Cinta, Anak Mami Nasi Kandaq dan Astana Idaman.

Maria mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Datuk Rahman Shakur pada 26 November 2015.

Difahamkan, dalam perkahwinan terdahulunya bersama suami pertama iaitu pada tahun 2000, aktres ini mempunyai seorang anak lelaki, Mizan Ashley yang kini telahpun berusia 20 tahun.

Sementara itu, penampilan Maria terus menjadi perhatian media kerana identiti tubuhnya yang langsing, kulit putih melepak dan wajah yang sentiasa dihias dengan senyuman manis.

Pasti ramai yang tertanya bagaimana agaknya kulit wajah dan rupa aktres ini tanpa bantuan alat solekan.

Jangan terkejut kerana Maria masih kelihatan jelita dan sungguh semulajadi. Tak percaya? Lihat foto-foto ini yang didedahkan beliau sendiri di laman sosial.

 

 

Kredit:kisahviralpress

Sharing is caring!